Sila membuat carian pantas di sini

Ahad, 1 Mei 2011

Taman Tamadun Islam (tti)

Saya masih belum tidur ketika ini sementara isteri saya, Faqihah dan Aiman sedang tidur. Saya sedang melayari laman web Taman Tamadun Islam. Senang cerita berkenaan Masjid Kristallah. Bukan apa, sekadar meneliti pakej-pakej yang disediakan. Agak menarik tetapi belum pasti waktu untuk ke sana. Mungkin hari ini ramai orang di sana kerana cuti umum 1 Mei sempena Hari Buruh. Di sini saya kongsikan url yang sedang saya layari;

http://tti.com.my/

http://tti.com.my/sites/default/files/taman_tamadun_islam_ticket_rate_2011.pdf

Sebenarnya banyak lagi pakej yang ditawarkan cuma saya hanya ingin melawat Taman Tamadun Islam ini sahaja. Terdapat juga pakej-pakej lain yang ditawarkan seperti pakej hari keluarga, pakej pelajar sekolah, pakej universiti dan kolej dan sebagainya. Sila klik url di bawah untuk melihat pakej yang ditawarkan;

http://tti.com.my/leisure/brochure/

Diharap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda atau memberikan sedikit idea tentang destinasi percutian anda. Untuk ke tempat ini, anda perlu mencari Muzium Negeri Terengganu kerana Taman Tamadun Islam ini hanya bersebelahan dengan muzium ini. Sebentar saya cuba mendapatkan lokasi dari Google Maps bagi memudahkan anda,

Sebentar. Searching…..
Ok, dah dapat. Klik pada imej tersebut untuk melihat saiz sebenar imej ini. Diharap imej tersebut dapat membantu anda untuk pergi ke Taman Tamadun Islam ini. Dah 1.30 pagi, masa untuk membuka peti sejuk. Lapar. Jom makan.

Sharingan Level 3 (-_-)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ubai

    saya dah sampai kesitu
    seronok

    SELAMAT HARI PEKERJA

    Wassalam

    BalasPadam
  2. W'salam Tuk.
    Saya baru ke sana tadi. Seronok juga. Anak saya Faqihah paling seronok ke sana. Anak no 2 saya tidak teruja pun. Time naik TTI River Cruise, Aiman bangun 2x kali sahaja. Celik,sengih lepas itu tidur semula.

    SELAMAT HARI PEKERJA juga buat Atuk. Selamat bercuti (^_^)

    BalasPadam