Sila membuat carian pantas di sini

Selasa, 10 Mei 2011

Kerahan Mozilla Di Indonesia

Mozilla dikatakan sekarang tengah mengumpul para pembangun perisian di Indonesia untuk membantu menghasilkan customize Firefox dan add-on.

Indonesia merupakan negara yang mana penggunaan Firefox adalah dominan berbanding negara lain termasuklah negara asal Firefox yakni US.

Komuniti yang diambil dari lapan bandar itu berjaya menarik lebih 1,000 sukarelawan yang mana akan mengadakan perjumpaan dengan agenda utama membantu Firefox lebih bersifat tempatan atau localized.

Sehingga kini pihak Mozilla tidak pasti kenapa browser itu amat popular di negara paling ramai penduduk Islam ini.

Sumber:http://www.jomlinux.com

Sekadar untuk berkongsi artikel bersama pembaca

Sharingan Level 3 (-_-)

Ahad, 8 Mei 2011

Ubuntu 11.04 dipasang!

Ubuntu 11dot04 Installation
Akhirnya saya telah memasang Linux Ubuntu 11.04 Natty Narwhal edisi terbaharu ke dalam notebook saya. Sebelum ini saya hanya melihat kawan saya Hashimi memakainya. Saya membuat keputusan untuk memakainya selepas memuat turun fail pemasangannya yang bersaiz 685MB pada hari Sabtu, 7 Mei 2011 pada jam 11.30 malam. Pada jam 1.40 pagi (Ahad), fail pemasangan tersebut selesai dimuatturun ke dalam notebook saya. Dengan tidak melengah masa saya terus melakukan pemasangan ke dalam notebook saya. Jom!

Untuk memasang Ubuntu ini, saya menggunakan Wubi (saiz fail 1.5MB) iaitu Ubuntu berasaskan Windows Installer yang membolehkan anda memasang dan uninstall dari Microsoft Windows. Ini membolehkan pengguna Microsoft Windows mencuba Ubuntu tanpa risiko kehilangan data kerana format disk atau partition.

Dalam situasi ini, saya memasang Ubuntu ini ke dalam Windows 7 saya. Untuk pengetahuan anda, selepas pengestrakan fail dari Wubi ini, anda akan diminta restart Windows anda dan selepas itu anda akan dipaparkan skrin dual boot iaitu Windows dan Ubuntu. Sekejap, bukan? Sebagaimana gambar di atas, jam pada gambar tersebut menunjukkan hari Ahad, 8 Mei 2011 jam 1.45 pagi. Pada jam 2.00 pagi saya telah dapat menggunakan Ubuntu 11.04 Natty Warwhal ini.

Apa yang saya lakukan ialah memuaturun perisian terkini untuk sistem pengoperasian Linux saya menggunakan Ubuntu Software Center (USC). Tidak perlu sakit kepala, hanya biarkan USC menjalankan kerja untuk anda dengan syarat anda mempunyai sambungan ke internet. Untuk mencubanya, anda boleh ke alamat web berikut, http://www.ubuntu.com/. Tidak perlu risau, ianya percuma dan tiada istilah “pirate”. Selamat mencuba. Sampai berjumpa lagi di post akan datang.

Nota: Untuk melakukan pemasangan di atas, saya memerlukan 2 fail iaitu Wubi dan Ubuntu 11.04 Natty Narwhal installer. Jangan terkeliru antara Wubi dan Ubuntu Installer.

Sharingan Level 3 (-_-)

Khamis, 5 Mei 2011

Petang yang sibuk

Petang ini agak sibuk kerana saya agak mengejar masa. Saya ingin memastikan kerja-kerja saya di pejabat siap sebelum pukul 6.00 petang kerana saya akan bermain futsal dengan kawan-kawan sepejabat. Alhamdulillah, kebanyakan kerja-kerja berjaya dibereskan walaupun ada 1 atau 2 kerja yang belum selesai. Kerja-kerja ini akan disambung pada hari esok, Jumaat, 6 Mei 2011.

Pada pukul 6.00 petang kami sudah berada di pusat gelanggang futsal. Kami bermain selama 1 jam lebih. Sepatutnya 1 jam sahaja (6.00-7.00 malam) namun memandangkan tiada orang menempah gelanggang tersebut selepas giliran kami, kami mendapat masa tambahan dari pemilik pusat futsal untuk menggunakan gelanggang tersebut. Letih jugalah tetapi seronok.

Pada jam 7.30 malam, saya berkejar pulang kerana sudah berjanji dengan kawan baik saya, Lokman untuk bermain badminton di Selayang. Jadi ketika sampai di kawasan rumah saya, Lokman dan Ibrahim telah menunggu saya di situ. Jadi saya naik sebentar ke rumah dan turun membawa raket. Malam tersebut kami bermain badminton sehingga pukul 10.00 malam.

Habis sesi bermain badminton, kami seperti biasa singgah di Kedai Nasi Lemak Marvelous untuk makan malam. Selepas itu kami berbual-bual sehingga pukul 11.00 malam dan pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada Lokman kerana menaja gelanggang badminton pada malam ini dan Ibrahim bagi makan malam.

Hari ini agak meletihkan tetapi menyeronokkan kerana dapat bersukan walaupun sibuk bekerja. Bukan apa, sekurang-kurang mampu mengerakkan tulang empat kerat ini sekali seminggu. Apa pun saya mengakhiri post ini kerana ingin menyelesaikan sedikit perkara. Full Stop..

Sampai berjumpa lagi.

Sharingan Level 3 (-_-)

Rabu, 4 Mei 2011

Menyelesaikan kerja yang perlu disiapkan segera

Hari ini merupakan hari yang agak sibuk bagi saya. Ini disebabkan saya perlu menyelesaikan segera slide taklimat bagi bos saya yang akan digunapakai pada hari Isnin ini. Walaupun taklimat akan diadakan pada hari Isnin ini, bos saya ingin saya segera menyelesaikan slide tersebut bagi membolehkan beliau meneliti dan memastikan slide tersebut lengkap. Tarikh akhir bagi menghantar slide tersebut ialah esok, Khamis, 4 Mei 2011. Saya sudah menyelesaikan slide tersebut dan ingin memeriksanya sekali lagi bagi memastikan tiada kesalahan fakta yang timbul. Bos saya juga inginkan salinan dokumen tender bagi rujukan beliau. Masa untuk mencetak dokumen tender sekarang. Print..

Selain itu jadual pada waktu petang esok saya agak padat. Ini disebabkan pada pukul 6 petang saya perlu menghadiri perlawanan futsal bersama kawan sepejabat dan pada pukul 8 malamnya saya akan bermain badminton seperti biasa dengan Lokman, Ibrahim dan Lokman. Setakat ini sudah 2 kali kami bermain badminton di Selayang(tidak termasuk esok). Menurut Lokman, beliau akan memastikan perlawanan badminton ini diadakan setiap minggu bagi memastikan kawan-kawan lama dapat berkumpul disamping mengeluarkan peluh. Maklumlah, kalau tidak berbuat begini maka tiada peluanglah untuk bersukan.

Berkenaan tiket pulang ke kampung, mungkin saya akan mencari peluang membeli tiket pada waktu rehat esok. Apa pun perlu memastikan segala kerja siap terlebih dahulu.

:::Tahniah buat pasukan Terengganu yang mengatasi pasukan Perlis 3-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Nasirudin Shah semalam.

Sampai berjumpa lagi post akan datang.

Sharingan Level 3 (-_-)

Ahad, 1 Mei 2011

Menaiki kuda di Pantai Batu Buruk. Selamat Hari Pekerja kepada anda semua.

Jam kelihatan pukul 5 lebih. Jadi saya fikir masih sempat untuk mengajak keluarga saya bermain kuda di Pantai Batu Buruk. Maklumlah seminggu sekali dapat berjumpa. Inilah masa untuk mengembirakan mereka. Jom!

DSC03990
Parking sahaja, Faqihah terus hendak menuju ke kereta kuda ini. Lagipun saya memang parking betul-betul di depan kereta kuda ini.

DSC03991
Sesi bergambar sebelum kereta kuda bergerak. Kadar bayaran adalah RM 5 per individu. Jadi saya dan isteri RM10. Faqihah dan Aiman tidak dikenakan bayaran.

DSC04000
Time ini dah habis sesi naik kereta kuda. Faqihah masih tidak puashati. Lepak depan kereta sambil tengok kuda.

DSC04001
Jadi saya membuat keputusan untuk mengajak Faqihah naik kuda ini. 2 pusingan RM5. Saya memilih kuda dewasa ini.

DSC04003
Mula-mula Faqihah takut, selepas saya ingin naik kuda tersebut Faqihah terus menjadi berani.

DSC04004
Jom ronda.

DSC04033
Pic ini selepas pulang ke rumah. Aiman telah siap mandi. Sebelum itu kakaknya Faqihah mandi terlebih dahulu.

DSC04034
Rutin biasa di rumah. Faqihah bersama ipadnya. Main game baru nampaknya. Jadi tamat sudah lawatan bersama keluarga hari ini.

Sharingan Level 3 (-_-)

Giant Hypermarket Kuala Terengganu pada 1 Mei 2011 (Balik dari TTI). Selamat Hari Pekerja kepada anda semua.

Di dalam perjalanan pulang dari Taman Tamadun Islam, isteri saya mencadangkan kepada saya supaya singgah di Giant Hypermarket Kuala Terengganu, Padang Hiliran. Lokasinya mudah kerana ia bersetentang dengan Bukit Besar dan bersebelahan dengan Mydin Wholesale Hypermarket Kuala Terengganu.

Tujuan ke sini: Makan dan beli sedikit barangan bayi (Aiman)

DSC03988
Akhirnya setelah berpusing-pusing di dalam pasaraya Giant, kami telah sepakat memilih restoran The Chicken Rice Shop. Kelihatan Faqihah turut serta melihat menu sama.

DSC03989
Keputusan tercapai. Kami sepakat memilih menu Double Delight (2pax). Deal.

Taman Tamadun Islam (TTI) pada 1 Mei 2011. Selamat Hari Pekerja kepada anda semua.

Berikut saya kongsikan gambar kami sekeluarga ke Taman Tamadun Islam;
DSC03922
Pose ketika mula-mula sampai. Belum beli tiket ketika ini. Dalam 12.45 petang.
DSC03923
Sudah membeli tiket ketika ini. Trip pada 2 petang, baru pukul 1.00 petang ketika ini. Sesi berfoto sahajalah.
DSC03939
Dipendekkan cerita sudah berada di atas TTI River Cruise. Saya berpasangan dengan Faqihah.
DSC03940
Isteri saya berpasangan dengan Aiman. Aiman tengok kat lain. Low profile.
DSC03943
Tiada komen untuk gambar ini.
DSC03944
Bot belum bergerak, jadi ambil gambar Faqihah lagi.DSC03946
Tiket saya dan isteri. Faqihah dan Aiman percuma sebab kurang dari 7 tahun dengan syarat dengan iringan ibubapa. Kertas dah renyuk kena kepal oleh Faqihah.
DSC03947
Bot baru nak bergerak. Jurupandu sedang memberikan taklimat dan seterusnya akan memberi penerangan semasa sesi lawatan nanti. Ada doa sebelum memulakan perjalanan. Alhamdulillah.
DSC03981
Faqihah tertidur ketika trip hampir berakhir. Keletihan. Ketika ini hampir sampai ke Masjid Kristal.
DSC03982
Masjid Kristal dari pemandangan TTI River Cruise. TTI River Cruise akan berhenti sebentar bagi membolehkan anda bergambar dan melihat sendiri Masjid Kristal dari pemandangan sungai. Seperti kata juru pandu, “ Haa boleh amik gambar banyak-banyak, pastu letok dalam Facebook”.
DSC03987
Tamat. Lebih kurang setengah jam lebih bagi 1 trip. Ini bermakna anda telah dibawa melalui jalan sungai ke Muzium Negeri, Pulau Sekati, Seberang Takir, Pulau Duyung, Bazar Warisan, Pasar Besar Kedai Payang, Kampung Cina dan Pengkalan Keropok Lekor Losong kemudian patah balik semula ke jeti. Banyak lagi perkara yang tidak sempat saya ceritakan. Anda boleh merasai sendiri pengalaman ke sini.

Taman Tamadun Islam (tti)

Saya masih belum tidur ketika ini sementara isteri saya, Faqihah dan Aiman sedang tidur. Saya sedang melayari laman web Taman Tamadun Islam. Senang cerita berkenaan Masjid Kristallah. Bukan apa, sekadar meneliti pakej-pakej yang disediakan. Agak menarik tetapi belum pasti waktu untuk ke sana. Mungkin hari ini ramai orang di sana kerana cuti umum 1 Mei sempena Hari Buruh. Di sini saya kongsikan url yang sedang saya layari;

http://tti.com.my/

http://tti.com.my/sites/default/files/taman_tamadun_islam_ticket_rate_2011.pdf

Sebenarnya banyak lagi pakej yang ditawarkan cuma saya hanya ingin melawat Taman Tamadun Islam ini sahaja. Terdapat juga pakej-pakej lain yang ditawarkan seperti pakej hari keluarga, pakej pelajar sekolah, pakej universiti dan kolej dan sebagainya. Sila klik url di bawah untuk melihat pakej yang ditawarkan;

http://tti.com.my/leisure/brochure/

Diharap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda atau memberikan sedikit idea tentang destinasi percutian anda. Untuk ke tempat ini, anda perlu mencari Muzium Negeri Terengganu kerana Taman Tamadun Islam ini hanya bersebelahan dengan muzium ini. Sebentar saya cuba mendapatkan lokasi dari Google Maps bagi memudahkan anda,

Sebentar. Searching…..
Ok, dah dapat. Klik pada imej tersebut untuk melihat saiz sebenar imej ini. Diharap imej tersebut dapat membantu anda untuk pergi ke Taman Tamadun Islam ini. Dah 1.30 pagi, masa untuk membuka peti sejuk. Lapar. Jom makan.

Sharingan Level 3 (-_-)

Sabtu, 30 April 2011

Liga Super Malaysia: T-Team 0:0 Pahang..Wisel Penamat

Keputusan tanpa jaringan kekal sehingga akhir permainan. Banyak juga peluang pasukan T-Team tetapi nasib tidak menyebelahi mereka terutama percubaan pemain T-Team Indra Putra Mahyuddin yang terkena palang gol pada separuh masa kedua.

Sementara itu pasukan Kelantan berjaya menewaskan pasukan Kuala Lumpur dengan jaringan 2-0 dan seterusnya menerajui Liga Super Malaysia di atas pasukan Selangor walaupun berkongsi mata, 33 mata dengan pasukan Selangor. Terengganu pula menduduki tangga ke-3 dengan 32 mata. Diharap pasukan Terengganu dapat membaiki kedudukan pada perlawanan-perlawanan seterusnya. “Peteh Terengganu Peteh”

Sharingan Level 3 (-_-)

Liga Super Malaysia: T-Team lawan Pahang

Sedang mengikuti perlawanan ini, masih seri tiada jaringan. Perlawanan agak seimbang di samping masing-masing saling menyerang. Saya melihat hantaran yang dilakukan oleh kelab T-Team kurang kemas, seringkali tidak sampai ke sasaran. Sementara itu pada minit ke-32 skrin TV saya ada menunjukkan keputusan semasa perlawanan yang berlangsung di stadium lain. Pasukan Kelantan sedang mendahului pasukan Kuala Lumpur dengan 1-0. Jika keputusan ini kekal sehingga akhir perlawanan, maka pasukan Kelantan akan mendahului Liga buat ketika ini. Apa pun kita tunggu sehingga wisel penamat nanti.

Sharingan Level 3 (-_-)

Makan satay ikan

Hari ini saya tidak ke mana-mana seharian. Aktivitinya ialah menjaga kedua-dua anak kami bersama isteri. Yalah, mandikan, pastikan mereka minum susu dan bermain dengan mereka. Tambahan pula isteri saya sibuk mengisi borang e-Filing (Lembaga Hasil Dalam Negeri) pada tengahari tadi.

Petangnya, secara tidak dirancang tiba-tiba saya terasa hendak membawa keluarga pergi berjalan-jalan. Nak pergi ke Taman Tamadun Islam, sudah lewat kerana waktu operasi ditutup pada pukul 6 petang. Jadi pilihan yang ada hanyalah Pantai Batu Buruk yang berdekatan dengan rumah saya.

Pada pukul 6 petang kami bertolak ke Pantai Batu Buruk. Sekejap sahaja kami sudah sampai di sana. Perkara pertama yang saya buat ialah pergi ke Dataran Pantai Batu Buruk. Memang ramai orang di sana. Kuda-kuda untuk disewa pun banyak kerana hari ini merupakan cuti minggu di Terengganu. Di sana saya membeli satay ikan untuk isteri saya. Maklumlah, kalau anda mengikuti post yang lepas, saya tidak sempat membeli satay ikan kerana Faqihah hendak naik kereta kuda. Nasib saya baik, tidak ramai yang beratur. Mungkin saya sudah agak lewat datang ke situ. Untuk pengetahuan anda, 5 pucuk satay ikan bersamaan harga RM1.00. Jadi saya membelikan RM3.00 untuk isteri saya. Saya terus parking kereta di depan Dataran Pantai Batu Buruk sebentar bagi memberi peluang isteri saya dan Faqihah menikmati satay ikan. Saya pula memegang Aiman sebentar sambil menunggu isteri saya dan Faqihah menghabiskan satay ikan tersebut.
Selepas itu saya pergi membawa keluarga saya berjalan-jalan. Kebetulan ketika melalui Taman Shahbandar, saya melihat khemah-khemah besar ada didirikan di situ. Rupa-rupanya saya terlupa yang ayah saya memberitahu semalam yang Perdana Menteri YAB Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak datang ke Terengganu pada hari ini. Saya juga ada membaca di akhbar yang Perdana Menteri kita datang bagi menjayakan Program Turun Padang (PTP) di Terengganu.

Selepas itu saya bersiar-siar dengan kereta dan pulang ketika jam hampir 7 malam. Selepas itu saya membawa Faqihah mandi dan tugas seterusnya diserahkan kepada isteri saya bagi memakaikan pakaian kepada Faqihah. Sebelum terlupa, malam ini ada perlawanan Liga Super Malaysia, T-Team menentang Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kalau tidak pergi ke Stadium, bolehlah mengikuti di Astro, saluran 801. Check it out.

Sharingan Level 3 (-_-)

Carpenters - Yesterday Once More (Karaoke)

Sudah lama saya mendengar lagu ini di radio Sinar FM. Baru-baru ini saya mendapat tahu tajuk lagu ini. Ia merupakan nyanyian Carpenters. Patutlah best sebab saya pernah mendengar lagu lain dari kumpulan ini. Berkenaan komen saya pula, bagi saya lagu ini memang best dan santai. Anda boleh mendengarnya dan memberikan komen sekiranya anda mahu. Layan..Zasss (Melodi)

Sharingan Level 3 (-_-)

Jumaat, 29 April 2011

Liga Super Malaysia: Terengganu seri dengan Selangor.


Apa nak dikata, pasukan Terengganu terlepas peluang untuk mendahului Liga Super Malaysia. Berkatlah pulak doa Hashimi. Dia cakap Terengganu akan seri malam ini. Tapi tengok kat Astro tadi, macam boleh menang tapi ada beberapa peluang yang disia-siakan. Malahan Terengganu mula memperlahankan corak permainan selepas mendapat gol peryamaan. Tidak seagresif semasa mencari gol penyamaan. Ketika itu Selangor hanya mampu bertahan, tidak mampu menyerang balas. Ini adalah faktor  yang saya lihatlah. Mungkin anda mempunyai pendapat lain?

Apa pun kena tunggu pasukan Kelantan turun bermain esok untuk melihat kedudukan Liga nanti. Hashimi mesti conteng muka esok. Maklumlah penyokong fanatik Red Warrior. Cuba cakap pasukan Kelantan tak best, mesti kena bangkang dengan Hashimi. Maksudnya kena cakap best jugalah. Untuk peminat pasukan T-Team, esok ada siaran langsung di Astro saluran 801, jangan lupa. Tetapi kalau cakap diri anda adalah peminat, pergilah ke stadium. Tak gitu peminat? Jom..Jom..

Sharingan Level 3 (-_-)

Ahad, 24 April 2011

Kuda

Seperti yang dirancang semalam, saya dan isteri membawa Faqihah berjalan-jalan di Pantai Batu Buruk. Kami keluar pada waktu petang kerana menunggu Aiman tidur. Kalau Aiman berjaga, barangkali batallah program tersebut.

Lebih kurang 6 petang kami sampai ke Pantai Batu Buruk. Kawasan yang dituju adalah Dataran Batu Buruk di mana kuda-kuda yang kami lihat semalam berada. Setelah mendapat parking, kami menuju ke Dataran Batu Buruk. Pada mulanya Faqihah kelihatan takut-takut dengan kuda padi yang terdapat disitu. Bukan apa, kalau Faqihah berani bolehlah meletakkan dia atas kuda padi tersebut, malangnya dia takut. Jadi kami membuat keputusan menaiki kereta kuda terlebih dahulu. Saya bertanya tuan punya kereta kuda tersebut. Berikut merupakan harga menaiki kereta kuda di Pantai Batu Buruk untuk 2 pusingan;

Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM3

Kalau dikirakan saya dan isteri, RM10, Faqihah RM3. RM13lah. Seronok juga, saya pasti kanak-kanak pasti teruja dengan pengalaman ini. Malahan anda juga boleh bergambar dengan kuda-kuda ini secara percuma. Tiada bayaran. Dari pemerhatian saya ramai yang mengambil peluang tersebut. Selepas menaiki kereta kuda, kami sekeluarga berehat di tepi dataran sambil melihat kuda-kuda tersebut. Ramai yang datang dengan keluarga menaiki kereta kuda tersebut. Kemudian saya membuat keputusan untuk mencuba kuda dewasa. Memang tinggi. Untuk 2 pusingan, harga yang sama dikenakan iaitu RM5. Kuda saya diheret berjalan sambil Faqihah mula teruja melihat saya menaiki kuda. Sepanjang kuda saya diheret, Faqihah berjalan mengikuti saya di belakang sehinggalah tuan punya kuda membenarkan saya mengambil Faqihah menaiki kuda bersama. Saya memeluk kemas Faqihah ketika berada di atas kuda tersebut. Bukan apa, takut jatuh. Siapa tak sayang anak kan, hehe. Habis sahaja sesi menaiki kuda dewasa, saya membawa Faqihah ke pantai melihat ombak. Sekejap sahaja sesi tengok ombak.

Kemudian kami kembali semula ke trek kuda di dataran, melihat kuda di situ. Isteri saya pula teringin nak makan satay ikan yang ada dijual oleh penjaja bermotor. Jadi saya pergilah beratur dengan pembeli lain di situ sambil isteri saya dan Faqihah melihat orang menaiki kereta kuda. Tidak lama saya mendapat panggilan dari isteri saya untuk membatalkan pesanan tersebut. Mujurlah belum order kerana terlalu ramai pembeli. Rupa-rupanya Faqihah ingin naik kereta kuda lagi. Jadi untuk melepaskan harap anak saya, kami sekeluarga naiklah. Selepas tamat sesi menaiki kereta kuda, kami membuat keputusan untuk balik kerana sudah hampir maghrib. Begitulah pengalaman kami menaiki kuda pada hari tersebut. Mungkin lain kali kami akan ke Taman Tamadun Islam. Ini hanyalah cadangan. (^^)

Pada pukul 11 malam nanti saya menaiki bas kembali ke Kuala Lumpur kerana keesokannya ada kerja yang perlu dibereskan di pejabat. Full Stop..Tettt

Sharingan Level 3 (-_-)

Sabtu, 23 April 2011

Liga Super Malaysia (MSL)

Tiba-tiba saya sakit perut! Saya terfikir apa yang saya makan sehingga saya sakit perut. Selepas balik dari bersiar-siar dengan anak saya tadi, saya rasa saya hanya meminum air oren. Mungkin itulah puncanya. Jadi lebih kurang 8.30 malam saya membuat keputusan untuk ke farmasi bagi membeli ubat. Seperti biasa saya akan mengajak anak saya, Faqihah menemani saya ke farmasi. Ketika di dalam perjalanan pulang, saya melalui jalan Ladang dan seterusnya melalui jalan bersebelahan Wisma Persekutuan Terengganu. Sekali lagi saya melihat pemandangan yang saya rasa sudah lama saya tidak lihat. Saya melihat jalan 3 lane menjadi 1 lane sahaja. 2 lane lagi dipenuhi oleh kereta yang diletakkan oleh penonton bolasepak Liga-M. Saya terlupa pada malam tersebut ada perlawanan bolasepak Liga-M, Terengganu melawan Perak (Tahniah pasukan Terengganu kerana memang 3-0 pada malam tersebut). Serta merta terdetik di dalam hati terkenang masa lalu ketika saya masih bujang. Dahulu saya memang peminat setia pasukan peteh, maklumlah ayah saya membawa saya ke stadium sejak saya berusia 10 tahun. Kalau tidak silap saya ketika itu zaman Liga Semi-Pro.
Banyak jugalah nama pemain import yang saya ingat ketika itu. Seronok dapat melihat perlawanan bolasepak di stadium terutama scene gol. Memang menjerit sampai hilang suara. Kalau hampir gol pun menjerit juga. Kalau pengadil nampak macam berat sebelah, memang marahlah masa itu. Marah sangat. Mulalah satu stadium menjerit “Pengadil bodo! Pengadil bodo!”. Bergema satu stadium penonton menjerit. Kelakar pula diingatkan masa itu.

Ketika belasan tahun, kalau malam sebelum ke stadium dulu-dulu memang kawan-kawan berkumpul berbincang hendak berjumpa di mana. Makanan rasmi semasa di stadium ialah burger RM1 (ada daging dan sedikit sos),kerepok goreng dan air (anggur atau oren)(RM1). Ini bermakna setiap kali ke stadium Nasirudin Shah, kena ada RM10 lebihlah. Harga tiket kadang-kadang RM7, ada satu masa RM10. Saya tidak berapa ingat. Kalau ada fakta salah, tolong betulkan. Tetapi masa kecil, saya hanya mengikut ayah saya sahaja. Kanak-kanak ketika itu percuma sahaja dengan syarat dipimpin oleh orang dewasa yang mempunyai tiket(Sekarang masih sama agaknya). Pengalaman paling teruk, saya sampai hampir hilang suara menjerit dalam stadium. Itu terjadi semasa saya berusia 10 tahun, serius tidak ingat tetapi yang saya ingat ketika itu pasukan Terengganu menentang Selangor. Esok ke sekolah dengan suara “metal”. 2 3 hari jugalah nak pulih. Bukan apa, itu salah satu cara saya bergaul dengan kawan-kawan di sekolah rendah dahulu. Ini disebabkan memang topik bolasepak sahaja dulu kalau pelajar-pelajar lelaki ini terutama Shamsuri Mustapha yang merupakan penjaga gol kelab T-Team sekarang. Agak mengejutkan kerana dahulu beliau suka bermain sebagai stricker ketika sekolah rendah. Pantang ada games, mesti nak jadi stricker.

Sekarang tidak lagi. Sejak bekerja di Kuala Lumpur, saya menjadi kurang mengambil tahu berkenaan pasukan Terengganu. Saya rasa sejak bekerja di Kuala Lumpur, hanya 2 3 kali sahaja saya ke stadium. Sampai kadang-kadang saya tidak tahu ada perlawanan bolasepak pada minggu tersebut. Perkara ini berlarutan sehinggalah saya berkahwin namun saya masih mengikuti perlawanan Liga-M melalui siaran langsung. Cuma tidak terlalu fanatiklah. Lagipun saya selesa menonton di rumah bersama keluarga. Nak minum air pun senang, boleh buat air milo on the spot boleh. Boleh berbaring dan siap ada pengulas lagi. Kalau di stadium kena tunggu orang yang menjual lalu di barisan tempat duduk andalah..Hehe

Saya akan menamatkan post ini kerana saya ingin mendukung Aiman. Aiman masih berjaga sementara Faqihah sibuk bermain permainan menyusun bentuk di ipad. Aiman pula sudah pandai senyum kalau ada orang menegurnya. Rasa seronok melihat kedua-dua anak saya membesar di depan mata. Sebab itulah saya sanggup “sakit-sakit badan” menaiki bas berulang alik dari Kuala Lumpur-Terengganu. Tidak kisahlah, tidak lama anak-anak saya akan pulang ke Kuala Lumpur selepas cuti bersalin isteri saya habis. Sampai berjumpa lagi di post akan datang.

Melihat kuda di Pantai Batu Buruk

Petang ini saya membawa anak sulong saya berjalan-jalan di Pantai Batu Buruk. Isteri saya tidak mengikut kami kerana menjaga anak kedua saya, Aiman. Lagipun kami keluar agak lewat. Saya keluar pada pukul 6 lebih. Tujuan saya hanyalah mengembirakan anak sulong saya. Ini disebabkan anak sulong saya menangis hendak mengikut datuknya keluar. Kebetulan datuknya mempunyai urusan penting, jadi tidak dapat membawa Faqihah bersama. Kebiasaannya datuk sering membawa Faqihah berjalan-jalan selain ibu saudaranya (adik saya). Sampai di Pantai Buruk, saya membawa Faqihah bersiar-siar di sekitar pantai. Ramai juga yang membawa keluarga menikmati suasana di pantai tersebut. Tidak kurang yang membawa kekasih memadu kasih di situ. Sebentar sahaja. Kemudian di dalam perjalanan pulang, saya melalui Dataran Pantai Batu Buruk, saya ternampak kuda-kuda di situ. Untuk pengetahuan anda kuda-kuda tersebut boleh disewa. Kalau anda membawa keluarga, anda boleh cuba merasai pengalaman menaiki kereta kuda. Saya ada merancang membawa Faqihah menaiki kereta kuda pada minggu lepas. Mungkin esok saya akan membawa Faqihah mencuba semua itu.

Ketika hendak sampai di rumah, di salah satu persimpangan traffic light. Saya melihat sesuatu yang telah lama saya tidak lihat. Beratus-ratus motosikal “abang rempit” menuju ke Batu Buruk ketika waktu maghrib. Serius, saya teruja memandang pemandangan ini kerana sudah lama saya tidak melihatnya. Saya fikir kali terakhir saya merasai suasana ini ketika saya berumur 21 tahun. Ketika itu, kebiasaannya “abang-abang rempit” berduyun-duyun ke Pantai Buruk pada malam Jumaat, anggaran masa 12 tengah malam. Pada masa itu kerap jugalah pihak polis membuat road block di Jalan Kamarudin, jalan yang menghala ke Pantai Buruk. Seronok melihat sahaja tetapi tidak menyokong aktiviti tersebut. Sekadar teruja dan terasa nostalgianya. Dahulu, kawan satu tempat belajar saya, Shanmungavel berbangsa India pernah berkata kepada saya “Sekiranya anda berasa seolah-olah pernah melakukan perkara yang sama di masa lalu, itu bermakna tuhan memberikan anda peluang kedua”. Sebagai contoh ketika anda meletak sesuatu barang di suatu tempat, tiba-tiba terdetik di dalam hati anda rasa macam pernah berbuat demikian di masa lalu. Saya rasa anda mungkin pernah mengalaminya, bukan?

Maaf

Saya memohon maaf kerana tidak mengemaskini blog beberapa hari ini. Sebenarnya ada cerita yang hendak dikongsi namun masa yang sibuk beberapa hari ini agak menghalang.
Saya akan cuba mengemaskini blog saya dan seperti biasa saya sudah berada di kampung. Minggu ini saya tidak perlu memandu ke rumah mentua saya lagi kerana isteri, Faqihah dan Aiman sudah berada di rumah saya.

Jadi saya membuat sedikit flashback untuk 2 hari lepas-

Cerita hari Khamis,21 April 2011..

Badminton..
Seperti yang saya rancangkan pada minggu-minggu sebelumnya dengan kawan baik saya, Lokman, akhirnya rancangan kami sudah berjaya. Kami bermain badminton pada hari Khamis, malam Jumaat baru-baru ini. Malahan 2 rakan zaman belajar kami iaitu Saifudin dan Ibrahim juga menyertai kami. Seronok jugalah boleh berkumpul seperti dahulu. Gelanggang yang kami sewa adalah gelanggang badminton Taman Bidara di Selayang. Penanda untuk ke tempat tersebut adalah stesen minyak Shell Taman Bidara. Kalau tidak silap dari stesen minyak tersebut, ada satu lorong terus ke gelanggang badminton tersebut. Masa pula 8.00 hingga 10 malam namun kami hanya bermula pada pukul 9 malam. Biasalah masalah teknikal. Bermain pada hari bekerja, kerja perlulah diutamakan. Jadi lewat sikitlah. Itu tidak menghalang keseronokan bermain badminton pada malam itu. Kami merancang untuk menjadikan aktiviti ini sebagai acara mingguan kami selepas ini. Selepas bermain badminton, kami minum di sekitar kawasan tersebut. Borak2 sampailah pukul 11 lebih. Lokman menghantar saya pulang pada malam itu. Tamat..

Presentation untuk mesyuarat..
Selepas pulang dari bermain badminton pada malam itu, letih jugalah. Saya baring-baring sambil membuka laptop. Saya teringat pada slide yang belum siap tapi tubuh saya sangat letih pada masa itu. Jadi saya membuat keputusan untuk berehat sebentar. Tidak tahu bagaimana saya terlelap! Mujurlah pada pukul 4 pagi saya terjaga. Terus saya menumpukan perhatian kepada slide sehinggalah pukul 7 pagi hari Jumaat, 22 April 2011. Selepas itu saya bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Cerita hari Jumaat, 22 April 3011

Tren rosak..
Paginya seperti biasa saya akan membeli tiket LRT  untuk ke Dato Keramat dan perkara pertama saya akan buat ialah naik tren ke Stesen Putra dahulu. Bukannya apa, ini ialah taktik untuk mendapatkan tempat duduk. Kebiasaannya pagi tidak banyak orang akan ke Gombak. Semua orang bekerja di pusat-pusat bandar terutamanya KLCC dan Masjid Jamek. Kalau tidak percaya naiklah tren, anda akan mendapati orang ramai akan turun di kedua-dua stesen ini. Tetapi pagi ini taktik saya tidak menjadi. Semasa saya naik, saya telah nampak seorang technician sedang memandu manual tren tersebut. Apabila sampai stesen Putra, technician tersebut meminta penumpang keluar dan menunggu tren berikutnya. Kesudahannya pada hari itu saya berdiri dan dihimpit oleh orang ramai! Tidak mengapalah, bukan selalu..

Mesyuarat
Hari ini merupakan meeting pertama saya bersama bos baru, En Mazlan. Banyak pembentangan yang dibuat di dalam mesyuarat tersebut. Saya mendapat giliran terakhir untuk membuat pembentangan dan Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancang.

Tiket Bas
Selepas waktu solat Jumaat, ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat, saya meminta Hashimi untuk singgah di kaunter bas Transnasional di Jelatek. Mujurlah masih ada tiket pada hari tersebut. Kebiasaannya saya membeli tiket sehari sebelum saya balik. Hari ini saya membeli tiket pada hari yang sama. Kira 50/50 lah. Apa pun saya terpaksa mengakhiri blog ini sebelum bateri laptop saya habis. Saya tertinggal plug charger di pejabat! Baru perasan semasa saya mencari plug kerana laptop saya memberikan amaran bateri sudah lemah. Sampai berjumpa lagi di post yang akan datang. Tidak sempatlah menyentuh berkenaan pasar minggu. Mungkin di lain masa saya akan menyentuh perkara tersebut. Insya-Allah.

Akhir kata “Selamat beramal”-Ustaz Izzy HotFM.

Sharingan Level 3 (-_-)

Selasa, 19 April 2011

Suasana petang.

Hari ini saya mendapati cuaca di Kuala Lumpur agak baik. Sebenarnya saya menjangka petang ini akan hujan dengan lebat memandangkan cuaca agak panas terik. Akan tetapi masih kedengaran bunyi guruh. Perlu berwaspada dengan amaran tersebut (^^). Tambahan pula rakan sepejabat saya ada memberitahu Kuala Lumpur digenangi air seharian pada hari Sabtu (Cuaca hujan).

Saya baru menyelesaikan beberapa kerja dan akan di sambung pada esoknya. Saya juga masih memikirkan bagaimanakah bentuk slide saya yang akan dibentangkan pada mesyuarat pada lusa nanti. Malahan saya perlu berjaga-jaga sekiranya ada situasi di luar jangka pada kursus GIS esok.

Saya rehat sebentar sebelum meneruskan kerja. Call ke kampung sebentar. Refresh!

Sharingan Level 3 (-_-)

Kuala Lumpur..Back to work

Saya telah kembali ke Kuala Lumpur hari ini. Saya naik bas pada pukul 10 malam dari Kuala Terengganu. Rasa puashati kerana dapat meluang masa dengan keluarga. Sekarang saya lebih bersemangat untuk bekerja. Cuma saya terfikir dengan satu perkara. Perkara ini sebenarnya telah lama diperkatakan. Cuma saya tidak ambil endah kerana saya telah jarang menggunakan perkhidmatan teksi. Tadi semasa saya sampai ke Stesen Bas Putra, kerana saya terlepas peluang nak beritahu drebar untuk berhenti di Greenwood kerana orang sebelah saya tidur mati dan keadaan kerusi yang sempit untuk keluar, maka saya tiada pilihan melainkan menunggu masa sehingga pukul 6 pagi (perkhidmatan Tren Star) atau balik menggunakan perkhidmatan teksi.

Jadi saya memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan teksi. Ketika turun dari bas, dah ramai pemandu teksi bertanyakan kepada saya. Semua saya tolak. Ini disebabkan pengalaman lepas-lepas mereka meletakkan harga yang tidak munasabah. Saya berjalan keluar dan berjumpa seorang pemandu teksi melayu, saya pun menyatakan lokasi saya. Dekat sahaja sebenarnya lokasi yang saya nyatakan. Selepas itu saya ada bertanyakan kepada pemandu tersebut sama ada menggunakan meter atau tidak. Pemandu tersebut terus bertanya “harga biasa” kepada saya. Saya sengaja buat seperti tidak tahu, saya ingin melihat reaksinya. Ternyata harga yang tidak munasabah mula keluar dari mulut pemnadu tersebut. RM40! Harga meter campur charge midnight belum tentu sampai ke harga sedemikian. Saya bukan kali pertama naik teksi,bang! Saya pun menolak dan berjalan pergi. Pemandu tersebut kononnya mahu mengajak saya berbincang, tetapi masih meletakkan harga tidak munasabah, RM30 ke atas. Bagi saya apa salahnya menggunakan meter dan mengikut peraturan. Pengguna puashati, hati pun terasa lapang kerana rezeki yang diperolehi lebih bermakna.

Saya berjumpa dengan seorang pemandu India, kemudian saya menyatakan lokasi. Beliau terus bersetuju, tetapi saya mengajukan soalan yang sama. Beliau menyatakan menggunakan meter dan charge midnight. Mungkin melihat rundingan saya dengan pemandu teksi pertama gagal. Di dalam teksi beliau cuba berbual dengan saya tetapi mungkin saya kelihatan diam. Jadi beliau hanya berbual sekali sekala dengan saya. Ketika sampai di lokasi, saya melihat meter RM10.70. Ketika bertanyakan harga kepada beliau, beliau terus menyatakan RM20. Patutlah beliau tidak menekan butang charge midnight agaknya. Kalau tekan baru 50 percent, jadi mungkin RM15 lebih. Tetapi tidak kisahlah, sudah sampai di lokasi dan saya bukanlah seorang yang suka mengkritik. Cuma RM40 tak munasabahlah bagi saya. Kalau kena yang kali pertama datang ke sini dan tidak tahu lalu bersetuju dengan harga tersebut, bagi saya kasihanlah. Tetapi tidak semua pemandu teksi seperti itu. Apa yang saya katakan ini hanya segelintir sahaja. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Apa pun azan subuh telah kedengaran. Dalam 6.15 pagi saya memutuskan untuk bergerak ke pejabat. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Antaranya perlu memasang perisian GIS bagi 11 unit notebook (anggaran) untuk kursus jangka pendek yang bermula esok. Sehingga bertemu lagi. Refresh!

Sharingan Level 3 (-_-)

Sabtu, 16 April 2011

Tak boleh tidur la pulak…

Saya masih tidak boleh tidur. Mungkin perut lapar. Sekarang menunggu telur separuh masak yang dibuat oleh ibu saya. Saya pula sedang melayan video rancangan Maharaja Lawak musim 1 di web Youtube.

Mungkin selepas makan saya akan tidur. Insya-Allah. Seperti biasa saya mungkin tidak akan mengemaskini blog ini untuk 2 hari kerana meluangkan masa bersama Faqihah dan Aiman.

Wah dah siap telur separuh masak. Bestnya..Jom sarapan..

Sharingan Level 3 (-_-)

My Kampung dot com

Alhamdulillah akhirnya saya selamat sampai ke kampung bersama adik saya. Tambahan pula tiket bas yang saya beli adalah yang terakhir dan perjalanan pukul 10.30 malam, no seat 29 dan 30. Memang seat belakang sekali. Belakang saya adalah tempat tidur drebar kedua. Tapi asalkan boleh balik kampung saya tidak kisah. Jangan miss tiket!

Saya ingin berehat sebentar. Sebentar lagi seperti biasa saya akan memandu ke daerah Dungun pulang ke rumah mentua saya. Tidak sabar rasanya hendak berjumpa Faqihah dan Aiman di sana. Maklumlah minggu lepas saya ada berjanji dengan Faqihah hendak membawanya ke pantai sekali lagi.

Ok, time to relax before a routine task..Refresh!

Sharingan Level 3 (-_-)

Khamis, 14 April 2011

Sudah malam..

Semalam saya tidak sempat menghantar post ke blog ini. Ini disebabkan oleh saya agak sibuk dengan kerja yang masih berbaki di dalam tangan. Kebetulan pula pada petang semalam, ketika hendak pulang, tiba-tiba pihak kontraktor datang untuk memeriksa penyaman udara di bilik Server dan seksyen tempat saya bekerja. Oleh itu saya terpaksa memantau mereka dan pada malamnya baru semuanya selesai. Kemudian saya makan malam dengan kawan sepejabat saya, Hashimi. Kami makan di kedai nasi ayam Ownn (bertentangan dengan stesen minyak Esso) di mana nasi ayam di situ memang boleh tahan. Saya mula mengenali kedai tersebut ketika saya mula bekerja di sini pada tahun 2005. Tuan punya kedai masih sama. Tidak berubah. Harga sahaja berubah. Dulu RM4 sepinggan nasi, sekarang RM5. Harga barang naik katanya. Tidak kisahlah. Lebih kurang pukul 8.30 malam kami selesai makan, Hashimi menghantar saya ke stesen LRT. Tiba-tiba saya menerima sms dari kawan saya, Lokman yang bertanyakan tentang janji kami hendak berjumpa di kedai nasi lemak Marvelous. Saya hampir terlupa! Melihat jam ketika itu, saya membalas mengatakan pada pukul 9 malam.

Saya tiba di rumah pada jam 8.50 malam. Sempat berehat sebentar dan membuka TV. Tepat jam 9 malam, telefon bimbit saya berbunyi menandakan sms masuk. Wah, Lokman telah berada di kedai tersebut. Saya membalas sms membuat order terlebih dahulu. Nanti sampai di kedai senang, makan dah tersedia. Sampainya di kedai, kami berbual panjang. Lama jugalah bersembang sampai order minuman sampai 2 kali. 2 kali milo aislah malam itu.(Kalau ikut kiraan 3 kalilah kalau dicampur air yang diorder di kedai nasi ayam Ownn). Makan kuih pau sahaja sebab dah makan nasi ayam sebelum itu. Tak jadilah nak order mee hoon sup. Salah satu perkara yang dibincangkan ialah berkenaan bilakah kami lapang hendak bermain badminton. Insya-Allah minggu depan kami akan menyewa gelanggang badminton. Bolehlah bersukan, sebab malam saya memang tiada aktiviti. Lebih kurang pukul 10.45 malam saya pulang ke rumah. Sempat berbalas sms dengan isteri dan bertanyakan khabar anak-anak. Selepas itu saya tidur pada pukul 11 lebih. Bagi saya awal jugalah saya tidur semalam kerana kebiasaannya saya tidur pada pukul 12 lebih. Mungkin kepenatan menguasai diri semalam.

Hari ini, Khamis, 14 April 2011 merupakan hari yang agak sibuk juga. Cuma tidak terlalu sibuk seperti semalam. Saya menyelesaikan kerja-kerja yang masih berbaki kerana setiap minggu saya akan cuba menetapkan sasaran apa yang perlu diselesaikan. Bukan apa, takut terlupa apa-apa yang perlu diselesaikan.

Pada petangnya, lebih kurang pukul 4 lebih saya menerima sms dari isteri saya yang mengatakan jarinya terkena pisau semasa mengupas buah mempelam. Saya membalas sms bertanya keadaan beliau. Beliau mengatakan jarinya sudah dibalut dan saya harap beliau cepat sembuh dari luka tersebut. Apa yang menariknya isteri saya mengatakan anak sulung saya selalu ‘berkepit’ dengan Ipad kepunyaan saya. Ipad tersebut saya perolehi ketika harijadi saya pada tahun lepas. Terima kasih kepada isteri saya yang menghadiahkan Ipad tersebut kepada saya dan saya amat hargainya.

Pada permulaannya saya kurang berminat dengan Ipad. Ini disebabkan oleh Ipad tersebut belum mempunyai sambungan internet. Kerap kali juga isteri saya menyuruh saya pergi ke pejabat Celcom untuk memasukkan micro-sim Celcom ke dalam Ipad tetapi saya sering mengelak kerana sibuk. Akhirnya ketika saya membawa pulang Ipad ke kampung, saya menyambung Ipad saya ke Wi-fi di rumah saya. Saya mula jatuh cinta dengan aplikasi yang terdapat pada Ipad. Saya memuat turun banyak games dari Appstore untuk Ipad saya. Kesemua games tersebut adalah percuma walaupun terdapat games yang berbayar. Walaupun games tersebut percuma, ia sangat menghiburkan terutama games “Angry Bird”. Anda pasti kenal dengan games yang saya sebutkan sekiranya anda adalah peminat Apple. Baru-baru ini isteri saya memasukkan micro-sim Celcom ke dalam Ipad bagi memudahkan beliau melayari akaun Facebook. Tapi tidak lamalah, sebab kena berebut dengan anak sulung saya..hehe

Sekarang Ipad saya di penuhi oleh games yang dimuat turun untuk anak saya. 3 skrin penuh dengan games yang sesuai dengan Faqihah. Tidak mengapalah, kerana kebanyakan games yang dimuat turun untuk anak saya lebih berunsur kepada pendidikan. Sekurang-kurangnya Faqihah boleh belajar sambil bermain.
Mengulas perbezaan Ipad saya dengan Ipad2, terdapat beberapa perbezaan yang ketara. Antaranya harga Ipad2 sama dengan harga Ipad saya sekarang. Ini bererti harga Ipad saya telah jatuh harga!! Dari segi ketebalan, Ipad2 lebih nipis dari Ipad asal iaitu dari 13.4mm ke 8.8mm. Antara perbezaan yang benar-benar ketara yang tidak terdapat pada Ipad terdahulu ialah Ipad2 mempunyai Front-facing VGA Camera, Rear-facing 720p Camera,Gyroscope, New Case (optional) yang di pasang magnet dengan ciri permukaan microfibre dan HDMI output dongle (optional). Banyak lagi perkara yang boleh diulas namun saya akan mengulas di post yang lain sekiranya berkesempatan.

Sekarang saya sedang melakukan “housekepping” terhadap server-server di seksyen saya. Ini perlu dilakukan secara berkala atau saya menghadapi masalah nanti.

Tiket bas. Ini menjadi rutin mingguan saya juga. Tetapi saya belum mencari tiket bas untuk pulang ke kampung esok. Tambahan pula cuaca hujan. Pukul 9 malam! Sempatkah nak cari tiket sekarang dengan keadaan saya masih melakukan kerja. Malahan saya perlu mendapatkan 2 tiket, ini disebabkan adik saya juga hendak pulang ke Terengganu selepas menyelesaikan urusan beliau di sini. Harap-harap adalah.

Apa pun saya rasa telah panjang lebar saya menulis post di sini. Sampai berjumpa di post yang akan datang.

Sharingan Level 3 (-_-)

Selasa, 12 April 2011

Pulang ke rumah

Sekarang saya sudah sampai ke rumah. Di dalam perjalanan pulang saya telah membeli satu kotak susu coklat Marigold HL (bersaiz besar) dan burger ayam special. Jadi saya akan menikmati makan malam saya sekarang. Selamat menjamu selera buat pembaca semua.

Sharingan Level 3 (-_-)

Petang dah..

Hari ini merupakan hari yang sangat sibuk. Saya perlu menyelesaikan slide presentation untuk bos saya yang akan berangkat ke Langkawi esok. Ini disebabkan beliau ada mesyuarat di sana dan slide tersebut penting bagi menerangkan data-data di seksyen kami. Mujurlah En Mutalib banyak membantu saya dalam menyediakan data dan penerangan kepada saya. Terima Kasih kepada beliau. Tanpa beliau saya rasa sukar bagi saya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Slide tersebut telah selamat di serahkan kepada bos saya pada pukul 6.40 petang dan beliau akan mengemaskini slide tersebut berdasarkan kehendak beliau nanti.

Hujan lebat tapi tak banjir!

Itulah cuaca petang di Kuala Lumpur hari ini. Terlalu lebat dan di sertai ribut petir sebentar tadi. Sekarang masih hujan walaupun tidak selebat tadi. Masa sekarang adalah pukul 6.55 petang. Masih bekerja dan sempat meluang masa beberapa minit untuk membuat panggilan 3G kepada isteri dan anak-anak di kampung. Mungkin pulang nanti saya akan membuat panggilan semula.
Tentang janji untuk makan bersama kawan baik saya terpaksalah dibatalkan memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan ini. Seperti yang saya katakan dalam blog sebelum ini “manusia punya asa, Tuhan punya kuasa”. Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan..Tapi masih terlalu awal untuk membuat keputusan.

Kerja yang masih berbaki di dalam tangan..

Saya akan meneliti semula kerja-kerja yang akan dilakukan esok. Bukan apa, mudah bagi meneliti kerja-kerja yang akan dilakukan esok. Secara tidak langsung menjimatkan sedikit masa pada pagi keesokkannya.
Nak makan apa malam ini? Itulah soalan yang selalu saya malas fikirkan apabila tinggal berseorangan. Saya jenis tidak kisah. Kadang-kadang makan malam saya hanyalah burger dan susu kotak coklat yang besar. Ringkas. Tetapi itu akan saya fikirkan apabila pulang dari pejabat nanti.
Masa untuk rehat sebentar, lupa pula nak makan ubat sakit gigi. Maklumlah dah tak sakit. Bila sakit pandai pula makan ubat mengikut aturan. “Melayu mudah lupa”..”Selamat beramal”, kata Doktor Izzy Haji Ali, HotFM.

Sharingan Level 3 (-_-)

Selamat Pagi..Ooo Soley Soley,Soley Soley..

Hari ini Selasa, 12 April 2011 pada pukul 6.12 pagi. Saya baru mendapat panggilan dari isteri untuk mengerakkan saya dari tidur. Terima kasih kepada beliau. Saya akan bersiap-siap untuk bergerak ke tempat kerja. Melihat keadaan rumah saya perlu balik berkemas pada petang nanti. Bergantung kepada keadaanlah. Kalau letih biar dululah.
Apa pun saya perlu bersiap-siap ke tempat kerja. Malam nanti mungkin saya akan bertemu dengan kawan baik saya, Lokman di kedai Nasi Lemak Marvelous. “Jom Pekena Mee Hun Sup”, ayat Lokman dalam sms. Kalau sms macam itu, saya dah tahu kedai mana. Tidak perlu maklumkan kedai yang mana dah. Semua bergantung kepada keadaan juga. Kalau tiba-tiba ada perkara mustahak, kena batal jugalah. Betul tak? Ada satu ayat dari komik Hong Kong yang pernah saya baca dahulu, ayatnya berbunyi “manusia punya asa, tuhan punya kuasa”. Maksudnya kita hanya berusaha, Tuhan yang menentukannya.

Ok..Refresh!

Sharingan Level 3 (-_-)

Isnin, 11 April 2011

Lapar Lapar…

Sedang menonton drama Gemilang, tiba-tiba saya terasa lapar. Saya fikir baru sebentar tadi saya makan nasi goreng ayam dan milo ais di kedai yang terletak berhampiran dengan rumah saya. Mujurlah saya telah mendapat panggilan 3G daripada isteri dan dapat melihat kedua anak kesayangan saya. Hilanglah sunyi sedikit tinggal di Kuala Lumpur ini. Masa untuk makan Mi Sedaap, mee goreng segera. Nak masak sedap-sedap tak pandai pula. Cukuplah tajuk Mi Sedaap keluaran syarikat WingsFood.

Baiklah, jom kita masak air panas terlebih dahulu. Air sirap, ok ke? Air boleh difikirkan kemudian.

Sharingan Level 3 (-_-)

Masa untuk makan ubat

Saya telah pulang ke rumah. Sekarang masa untuk makan ubat. Doktor membekalkan kepada saya beberapa jenis ubat iaitu ubat antibiotik, bengkak dan tahan sakit bagi sakit gigi saya.
Jadi saya membatalkan temujanji dengan kawan baik saya, Lokman untuk '”pekena mee hun sup” kedai di depan  masjid malam ini. Memang favourite beliaulah makan di situ setiap kali kawan-kawan lama bertemu. Lagipun ini sajalah masa kami lepak bersama. Tidak seperti zaman belajar dahulu. Sekarang semua telah bekerja dan ada tanggungjawab masing-masing.
Oleh itu temujanji nak “pekena mee hun sup” di tunda kepada esok malam. Lagipun  kami merancang untuk menyewa gelanggang badminton. Mungkin masa makan nanti boleh bincang sekali perkara tersebut. Sekali sekala kenalah bersukan. Seperti kata Haji Hasbullah Awang ketika mengulas perlawanan bolasepak Liga-M
"satu pergerakan cantik di situ, tetapi tidak!"
Sharingan Level 3 (-_-)

Notebook Atuk siap

Hari ini notebook Atuk telah siap diformat. Ternyata kerja-kerja menformat menjadi sangat mudah kerana driver dan semua data beliau telah di salin ke dalam external HDD saya. Data tersebut tidaklah besar sehingga mencecah beratus GB. Ini juga salah satu faktor yang menjadikan perkara membuat semula Windows 7 beliau menjadi mudah.
Saya hanya mengambil masa 1 jam untuk memastikan semua perkara menjadi seperti biasa. Saya juga memasang antivirus Avira 10 Free Edition dan mengemaskini virus definition bagi memastikan notebook berada di dalam keadaan optimum. Sebenarnya saya mencadangkan kepada anda antivirus berbayar. Pada saya tidak rugi anda membayar sedikit untuk keselamatan notebook anda. Ini disebabkan antivirus berbayar sekarang adalah harga mampu milik. Contohnya Kaspersky dan Norton. Ini antivirus yang saya biasa cadangkan. Mungkin anda peminat antivirus jenama lain. Bergantung kepada citarasa masing-masing. Yang penting, pilihlah antivirus yang benar-benar mampu melindungi data penting anda.
Baiklah, notebook Atuk telah sedia dihantar kembali esok. Sekarang saya mahu ke dobi untuk mengambil baju yang telah di hantar pada hari Jumaat lalu. Selepas itu saya akan ke klinik –sakit gigi-, beli makanan, mungkin beli beberapa keping cd kosong, topup dan Dettol.
Malam nanti mungkin saya akan membuat panggilan 3G kepada isteri dan anak-anak saya. Ini merupakan aktiviti rutin sejak isteri saya berpantang di kampung sejak bulan 2 lalu. Saya masih ingat kawan-kawan di pejabat selalu menyebut “family first”. Ini merujuk kepada keluarga haruslah diletakkan perkara yang utama di dalam hidup. Bagaimana dengan anda?
Oh dah 5.16 petang. Ambil baju di dobi dahulu. Jom!

Azan Subuh telah berkumandang

Sekarang telah masuk waktu solat subuh bagi kawasan Wilayah Persekutuan dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.

Imsak:5:43
*****************
Subuh:5:53 (Terkini)
*****************
Syuruk:7:10
Zohor:13:18
Asar:16:25
Maghrib:19:22
Isyak:20:32

Ini bermakna saya juga telah kembali ke Kuala Lumpur. Saya tiba di rumah pada pukul 5.25 pagi dan belum tidur sampai sekarang.

Sharingan Level 3 (-_-)

Sabtu, 9 April 2011

Video Hantu Kak Limah balik rumah di blog ini sudah tiada.

Merujuk kepada tajuk di atas, sebelum ini saya ada meletakkan video Hantu Kak Limah balik rumah di blog saya pada 2 hari (7hb April 2011). Filem tersebut berdurasi selama satu jam lebih saya dapatkan dari laman Youtube. Sebelum ini saya pernah melihat video di situ dan tiada masalah. Baru 5 minit lepas saya menghantar post ‘Sudah sampai ke kampung’, saya ada memeriksa semula video yang terdapat di dalam blog ini. Apabila saya mengklik butang Play pada video tersebut, inilah mesej yang terpapar;

This video is no longer available due to a copyright claim by Astro Entertainment Sdn Bhd

Barangkali tiada rezeki kepada sesiapa yang belum melihatnya. Akan tetapi itu bukanlah masalah besar, anda masih boleh menonton video ini sekiranya anda melanggan Astro (merujuk kepada mesej di atas) atau membeli DVD tersebut di kedai yang berhampiran anda.

Sharingan Level 3 (-_-)

Sudah sampai di kampung.

Apa yang saya perlukan adalah rehat sebentar. Waktu sekarang menunjukkan pukul 6.13 pagi. Mungkin saya akan kurang mengemaskini blog saya dalam masa 2 hari ini namun tetap akan ada post baru sekiranya saya berkesempatan. Ini di sebabkan oleh saya akan meluangkan masa bersama isteri dan dua orang anak saya iaitu Faqihah dan Aiman. Sekarang saya berada di rumah keluarga saya. Mungkin sebentar lagi selepas bangun dari tidur saya akan bertolak ke rumah ibu mentua saya untuk berjumpa isteri dan anak-anak saya yang comel. Isteri saya masih berpantang di sana.

Baiklah. Waktu untuk bersarapan nasi minyak dan sirap bandung. Selepas itu saya akan tidur. Mungkin petang nanti saya akan memandu ke sana. Ok, time to refresh. Refresh!

Sharingan Level 3 (-_-)

Jumaat, 8 April 2011

Let’s do it

Sekarang pukul 9.30 malam. Saya akan bersiap-siap sekarang untuk pulang ke kampung. Perkara pertama adalah menyelesaikan sebentar pinggan mangkuk di dalam singki. Selepas itu barulah menyimpan baju. Pukul 10 malam insya-Allah naik bas pulang ke kampung. Mari mulakan…

Sharingan Level 3 (-_-)

Masih muat turun driver Dell Inspiron 1440

Sekarang jam menunjukkan pukul 8.36 malam. Saya baru terjaga dari tidur selepas pulang dari pasar minggu di kawasan rumah saya. Saya membeli nasi minyak dan air oren di sana. Baliknya saya memerhatikan status muat turun tersebut. Ada beberapa driver yang failed di muat turun kerana saya terlupa notebook saya akan hibernate dalam waktu tertentu. Ini merupakan kelalaian saya. Apa yang saya lakukan menjalankan muat turun sekali lagi. Saya telah memperolehi driver VGA, Network Adapter dan Sound. Kemudian saya makan sambil menonton filem The Social Network, filem yang merupakan kisah benar kehidupan Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook). Selepas itu saya tertidur.

Sekarang tinggal driver bagi Chipset. Tidak tahu sempat atau tidak. Pada pukul 10 malam saya akan naik bas pulang ke kampung. Sekiranya tidak sempat saya akan pause muat turun ini dan sambung di kampung nanti.

Sharingan Level 3 (-_-)

Memuat turun driver Dell Inspiron 1440

Hari ini saya menumpukan perhatian kepada rumah. Sudah 2 minggu saya tidak mengambil tahu hal rumah. Keluar bekerja awal pagi dan malam baru pulang. Ternyata rumah saya memerlukan perhatian setiap hari. Saya mengemas bahagian dapur yang telah lama tidak berasap. Kali terakhir 2 hari lepas di mana saya mengoreng daging burger ketika lapar pada waktu malam. Selebihnya saya tidak begitu menumpukan perhatian kepada rumah saya kecuali bil-bil yang berkaitan. Kebetulan hari ini saya bercuti, jadi saya mengambil peluang untuk mengemaskan rumah saya. Sambil mendengar radio Sinar di blog ini, saya tekun mengemaskan dapur rumah. Mungkin selepas ini saya akan menghantar baju ke dobi. Mungkin anda pelik, kenapa tajuk blog kali muat turun driver. Sebenarnya pada masa yang sama saya ingin muat turun driver notebook kawan sepejabat saya, Atuk. Beliau ingin saya menformat notebook tersebut. Sedang bekerja dengan notebook tersebut sekarang. Saya sedang mendapat maklumat driver berkenaan notebook tersebut sekarang. Pada masa yang sama saya perlu menyalin kesemua data beliau yang terdapat di dalam notebook. Alamak, semua peralatan seperti Sata-USB converter tertinggal di pejabat. Tidak mengapa. Mungkin Isnin ini saya akan menyambung proses menformat notebook tersebut. Yang penting dapatkan driver tersebut terlebih dahulu. Jimatkan masa.

Ok sudah mendapatkan semua maklumat driver, mari mula muat turun..

Sharingan Level 3 (-_-)

Khamis, 7 April 2011

Hantu Kak Limah balik rumah

Saya postkan video ini untuk sesiapa yang ingin menonton filem ini
Selamat menonton
Sharingan Level 3 (-_-)

Filem yang saya tonton banyak kali pada 3 minggu lepas

 

Filem yang saya maksudkan adalah filem Hantu Kak Limah balik ke Rumah. Filem ini memang antara filem melayu yang kelakar pernah saya tengok. Memang bestlah, sebab banyak benda yang tidak logik dalam filem ini. Tanpa membuang masa jom saya perkenalkan pelakon filem ini terlebih dahulu.

Awie : Usin
Ummi nazeera : Cek Nin
Johan : Abi Hurairah
Soffi Jikan : Pak Salam Erwin Joko Anuar
Delimawati : Kak limah
Zami Ismail : Pak Abu
Man Kadir : Pak Jabit
Syed Mohamad Asri : Usop

 

image

Untuk pengetahuan anda, filem ini merupakan sambungan dari filem Zombi Kampung Pisang. Kalau pada filem Zombi Kampung Pisang, penduduk kampung digemparkan dengan gangguan Zombi, kali ini mereka digemparkan oleh kehadiran hantu Kak Limah. Kak Limah yang tinggal berjiran dengan Husin sebenarnya bukanlah hantu. Cuma perwatakan dan cara Kak Limah menganggu orang kampung yang nampak macam hantu.

 

image

"Enjit-enjit semut, sape sakit naik atas"

Time ini Abi kena kejar dengan Kak Limah sampai beliau wheelie 8 batu nisan. Memang lawak masa ini.

 

image

"Ke tepi..ke tepi.."

Time bomoh Abi bawa Pak Salam Erwin Joko Anuar yang dijumpainya di bus stop. Kata Pak Salam Erwin Joko Anuar, mahu pulang ke rumah anak saudaranya, Salimun di Banting.Malam tu jugak Pak Salam Erwin Joko Anuar dan orang kampung pergi ke rumah untuk halau hantu Kak Limah. Time tu pun lawak jugak. Sebelum Pak Salam Erwin Joko Anuar datang, Pak Abu dah tersampuk. Nak dijadikan cerita, Pak Salam Erwin Joko pun tersampuk jugak kena lempang dengan Kak Limah masa tangkap ayam hitam. Keesokkannya Pak Salam Erwin Joko Anuar kena hantar balik ke Banting oleh kereta sewa dan duit sewa kereta ditanggung sepenuhnya oleh Pak Jabit. Paling tak tahan bila drebar kereta sewa siap boleh tip lagi. “Terima kasih Pak Jabit, opss berlebihan ni” merujuk kepada duit kereta sewa yang banyak. Memang lawak.

Bomoh kedua pula merupakan bomoh siam. Kawan baik Pak Abu. Choprak namanya. Pun tumbang jugak. Siap patah riuk kena belasah ngan Kak Limah. Part ini pun lawak jugak. Tapi x nak cerita panjang. Kena tonton sendiri filem ini. Senang cerita semua bomoh tumbang di tangan Kak Limah yang dikatakan hantu. Selepas inilah satu mesyuarat telah di buat di kampung Pisang bagi membincangkan perihal hantu Kak Limah. Usop nekad hendak membako rumah Kak Limah dan mendapat sokongan dari penduduk kampung. Keputusan hendak membakar rumah Kak Limah di persetujui.

 

image

" Saye Usop, bekas penari kebudayaan ingin mensyorkan supaya kite membuat undian, sape2 di sini yang menyokong supaya umah k.limah tu kite bakor dan kite menang dlm mnsyuarat ini, sila angkat tgn mcm saye "

image

image

Usop yang asyik melenggok-lenggokkan tangan dia pun buat undian. Semua orang angkat tangan. Time inilah x logiknya. Seorang pun tidak perasan Kak Limah boleh masuk dalam mesyuarat tersebut malahan Kak Limah pun angkat tangan dan lenggok-lenggok tangan macam Usop masa orang kampung tengah mengundi nak bakar rumahnya. Masa Azwan perasan Kak Limah duduk sebelahnya semua orang kampung bertempiaran lari. Tinggallah Azwan dan Kak Limah dalam dewan itu. Yang paling tak tahan, Azwan baca niat sembahyang zohor nak halau Kak Limah. Habis part tu. Menangis-nangislah Azwan masa itu. Lawak lawak..

Diringkaskan cerita semua orang kampung bawa api pergi rumah Kak Limah dengan Usop sebagai ketua. Kata Usop, lepas bakar rumah Kak Limah, dah rata nak wat tanam cili..Haha Begitulah. Pastu ada pulak adegan poco-poco, Kak Limah nyanyi lagu enjit-enjit semutla. Last sekali kena tembak dengan anak si Mamat. Esoknya Kak Limah kena hantar balik hospital bahagia. Akhir kata memang cerita ini kelakar dan best. Tahniah buat pengarah filem ini, Mamat Khalid dan semua pelakon cerita ini kerana saya sangat suka filem ini.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Apa khabar kepada semua peminat blog. Saya merupakan seorang yang baru di dalam alam blog ini. Saya harap mendapat ramai kawan di sini. Tujuan penulisan blog mungkin berkenaan diri saya atau apa saja perkembangan teknologi semasa. Mungkin juga terdapat kartun yang diminati atau filem-filem yang menarik. Saya bukanlah seorang yang sentiasa berada di depan komputer namun saya akan cuba meluangkan masa untuk mengemaskini blog saya. Akhir kata salam perkenalan buat semua peminat blog di alam maya ini.

Sharingan Level 3 (-_-)