Sila membuat carian pantas di sini

Ahad, 1 Mei 2011

Taman Tamadun Islam (TTI) pada 1 Mei 2011. Selamat Hari Pekerja kepada anda semua.

Berikut saya kongsikan gambar kami sekeluarga ke Taman Tamadun Islam;
DSC03922
Pose ketika mula-mula sampai. Belum beli tiket ketika ini. Dalam 12.45 petang.
DSC03923
Sudah membeli tiket ketika ini. Trip pada 2 petang, baru pukul 1.00 petang ketika ini. Sesi berfoto sahajalah.
DSC03939
Dipendekkan cerita sudah berada di atas TTI River Cruise. Saya berpasangan dengan Faqihah.
DSC03940
Isteri saya berpasangan dengan Aiman. Aiman tengok kat lain. Low profile.
DSC03943
Tiada komen untuk gambar ini.
DSC03944
Bot belum bergerak, jadi ambil gambar Faqihah lagi.DSC03946
Tiket saya dan isteri. Faqihah dan Aiman percuma sebab kurang dari 7 tahun dengan syarat dengan iringan ibubapa. Kertas dah renyuk kena kepal oleh Faqihah.
DSC03947
Bot baru nak bergerak. Jurupandu sedang memberikan taklimat dan seterusnya akan memberi penerangan semasa sesi lawatan nanti. Ada doa sebelum memulakan perjalanan. Alhamdulillah.
DSC03981
Faqihah tertidur ketika trip hampir berakhir. Keletihan. Ketika ini hampir sampai ke Masjid Kristal.
DSC03982
Masjid Kristal dari pemandangan TTI River Cruise. TTI River Cruise akan berhenti sebentar bagi membolehkan anda bergambar dan melihat sendiri Masjid Kristal dari pemandangan sungai. Seperti kata juru pandu, “ Haa boleh amik gambar banyak-banyak, pastu letok dalam Facebook”.
DSC03987
Tamat. Lebih kurang setengah jam lebih bagi 1 trip. Ini bermakna anda telah dibawa melalui jalan sungai ke Muzium Negeri, Pulau Sekati, Seberang Takir, Pulau Duyung, Bazar Warisan, Pasar Besar Kedai Payang, Kampung Cina dan Pengkalan Keropok Lekor Losong kemudian patah balik semula ke jeti. Banyak lagi perkara yang tidak sempat saya ceritakan. Anda boleh merasai sendiri pengalaman ke sini.

3 ulasan:

  1. Buleh x tuan suruh TTI river cruise tu mari round sampai kat kampong saye retek. Kg. saye ni di kuala berang. Kalu jadi mari, lepah tu TTI river cruise tu buleh gi keKenyir pulak, baru penumpang2 tu semua gembira dan amat berpuas hati.... sebab bayar rm10 je dah buleh sapai K. Brang (ikut sungai) & ke kenyir dari K. Trg.
    Dulu2 tu kawasan nak buat TTI dan masjid kristal tu group kawan saya lah yg ukur, masa tu saya kerja di KL, tapi le nin kalu nak buat satu lagi masjid kristal & TTI saya buleh jugak buat ukur sbb dh pindah balik Trg ni.
    OK lah selamat larut malam, Hantu mak limah X Mau balik rumah....dok tepi jamban atah jambatan kkalan penambang, Hu hu,,,, Soley soley, soley soley.

    BalasPadam
  2. Salam tuan blog, sya ni x besa sangat kt bandar K Trg tu sbb sya dudok pun jauh, di ulu trg lah katakan. Sjak bertukar balik ke trg dlm 2 tahun dah ni sya dak gi kemana2 lagi, asyik dok umah je. Ada ati nk lawat ke KTrg tp x tau nak lawat kat mana. Kalu tebeng gi kan takut sesat pulak.
    Jadi nak mitak tulong Buleh x bgtau tmpat2 yg menarik selain batu buruk, TTI & mesjid kristal tu.
    Sekian saya sudahi dengan wassalamualaikum warahmatullahi taala wabaroka tuh. TQ dan (mcm biasa) soley...4x. Peteh Gganu peteh....

    BalasPadam
  3. Oooop lupe tadi, Kat rantau abang yg penyun telor tu jauh ke dari bandar K Trg. Kalu naik bas naik bas ape, berape rega teketnya?
    Sekian dengan harapan supaya soalan saya dapat dijawab dengan segera sebab dah dekat hari nak gi mlawat tu. Sya nak gi seramai 13 orang lebih iaitu temasuk keluarga adik beradik dan mak ayah kami yg sudah tua.

    BalasPadam