Sila membuat carian pantas di sini

Ahad, 24 April 2011

Kuda

Seperti yang dirancang semalam, saya dan isteri membawa Faqihah berjalan-jalan di Pantai Batu Buruk. Kami keluar pada waktu petang kerana menunggu Aiman tidur. Kalau Aiman berjaga, barangkali batallah program tersebut.

Lebih kurang 6 petang kami sampai ke Pantai Batu Buruk. Kawasan yang dituju adalah Dataran Batu Buruk di mana kuda-kuda yang kami lihat semalam berada. Setelah mendapat parking, kami menuju ke Dataran Batu Buruk. Pada mulanya Faqihah kelihatan takut-takut dengan kuda padi yang terdapat disitu. Bukan apa, kalau Faqihah berani bolehlah meletakkan dia atas kuda padi tersebut, malangnya dia takut. Jadi kami membuat keputusan menaiki kereta kuda terlebih dahulu. Saya bertanya tuan punya kereta kuda tersebut. Berikut merupakan harga menaiki kereta kuda di Pantai Batu Buruk untuk 2 pusingan;

Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM3

Kalau dikirakan saya dan isteri, RM10, Faqihah RM3. RM13lah. Seronok juga, saya pasti kanak-kanak pasti teruja dengan pengalaman ini. Malahan anda juga boleh bergambar dengan kuda-kuda ini secara percuma. Tiada bayaran. Dari pemerhatian saya ramai yang mengambil peluang tersebut. Selepas menaiki kereta kuda, kami sekeluarga berehat di tepi dataran sambil melihat kuda-kuda tersebut. Ramai yang datang dengan keluarga menaiki kereta kuda tersebut. Kemudian saya membuat keputusan untuk mencuba kuda dewasa. Memang tinggi. Untuk 2 pusingan, harga yang sama dikenakan iaitu RM5. Kuda saya diheret berjalan sambil Faqihah mula teruja melihat saya menaiki kuda. Sepanjang kuda saya diheret, Faqihah berjalan mengikuti saya di belakang sehinggalah tuan punya kuda membenarkan saya mengambil Faqihah menaiki kuda bersama. Saya memeluk kemas Faqihah ketika berada di atas kuda tersebut. Bukan apa, takut jatuh. Siapa tak sayang anak kan, hehe. Habis sahaja sesi menaiki kuda dewasa, saya membawa Faqihah ke pantai melihat ombak. Sekejap sahaja sesi tengok ombak.

Kemudian kami kembali semula ke trek kuda di dataran, melihat kuda di situ. Isteri saya pula teringin nak makan satay ikan yang ada dijual oleh penjaja bermotor. Jadi saya pergilah beratur dengan pembeli lain di situ sambil isteri saya dan Faqihah melihat orang menaiki kereta kuda. Tidak lama saya mendapat panggilan dari isteri saya untuk membatalkan pesanan tersebut. Mujurlah belum order kerana terlalu ramai pembeli. Rupa-rupanya Faqihah ingin naik kereta kuda lagi. Jadi untuk melepaskan harap anak saya, kami sekeluarga naiklah. Selepas tamat sesi menaiki kereta kuda, kami membuat keputusan untuk balik kerana sudah hampir maghrib. Begitulah pengalaman kami menaiki kuda pada hari tersebut. Mungkin lain kali kami akan ke Taman Tamadun Islam. Ini hanyalah cadangan. (^^)

Pada pukul 11 malam nanti saya menaiki bas kembali ke Kuala Lumpur kerana keesokannya ada kerja yang perlu dibereskan di pejabat. Full Stop..Tettt

Sharingan Level 3 (-_-)

1 ulasan:

  1. Utk makluman encik sya ada sewa kuda murah dekat pantai bt buruk. sewa saya= Dewasa RM1.00, Kanak2 RM0.35 je. Wat pe yg g naik hak mahal, hak murah ade. Utk nak sewa sila g ke hujung sebelah kiri pantai bawah gerai atap rumbia ada banyak. Kuda d buat dari papan, skrg ni agak dah buruk sbb dh lama tadak org dtg sewa. Boleh heret dgn tali keliling pantai, anak beranak bolih naik sekaligus, jimat sikit masa. sekian dimaklumkan. Soley soley, soley soleyyyyyy.

    BalasPadam