Sila membuat carian pantas di sini

Sabtu, 23 April 2011

Maaf

Saya memohon maaf kerana tidak mengemaskini blog beberapa hari ini. Sebenarnya ada cerita yang hendak dikongsi namun masa yang sibuk beberapa hari ini agak menghalang.
Saya akan cuba mengemaskini blog saya dan seperti biasa saya sudah berada di kampung. Minggu ini saya tidak perlu memandu ke rumah mentua saya lagi kerana isteri, Faqihah dan Aiman sudah berada di rumah saya.

Jadi saya membuat sedikit flashback untuk 2 hari lepas-

Cerita hari Khamis,21 April 2011..

Badminton..
Seperti yang saya rancangkan pada minggu-minggu sebelumnya dengan kawan baik saya, Lokman, akhirnya rancangan kami sudah berjaya. Kami bermain badminton pada hari Khamis, malam Jumaat baru-baru ini. Malahan 2 rakan zaman belajar kami iaitu Saifudin dan Ibrahim juga menyertai kami. Seronok jugalah boleh berkumpul seperti dahulu. Gelanggang yang kami sewa adalah gelanggang badminton Taman Bidara di Selayang. Penanda untuk ke tempat tersebut adalah stesen minyak Shell Taman Bidara. Kalau tidak silap dari stesen minyak tersebut, ada satu lorong terus ke gelanggang badminton tersebut. Masa pula 8.00 hingga 10 malam namun kami hanya bermula pada pukul 9 malam. Biasalah masalah teknikal. Bermain pada hari bekerja, kerja perlulah diutamakan. Jadi lewat sikitlah. Itu tidak menghalang keseronokan bermain badminton pada malam itu. Kami merancang untuk menjadikan aktiviti ini sebagai acara mingguan kami selepas ini. Selepas bermain badminton, kami minum di sekitar kawasan tersebut. Borak2 sampailah pukul 11 lebih. Lokman menghantar saya pulang pada malam itu. Tamat..

Presentation untuk mesyuarat..
Selepas pulang dari bermain badminton pada malam itu, letih jugalah. Saya baring-baring sambil membuka laptop. Saya teringat pada slide yang belum siap tapi tubuh saya sangat letih pada masa itu. Jadi saya membuat keputusan untuk berehat sebentar. Tidak tahu bagaimana saya terlelap! Mujurlah pada pukul 4 pagi saya terjaga. Terus saya menumpukan perhatian kepada slide sehinggalah pukul 7 pagi hari Jumaat, 22 April 2011. Selepas itu saya bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Cerita hari Jumaat, 22 April 3011

Tren rosak..
Paginya seperti biasa saya akan membeli tiket LRT  untuk ke Dato Keramat dan perkara pertama saya akan buat ialah naik tren ke Stesen Putra dahulu. Bukannya apa, ini ialah taktik untuk mendapatkan tempat duduk. Kebiasaannya pagi tidak banyak orang akan ke Gombak. Semua orang bekerja di pusat-pusat bandar terutamanya KLCC dan Masjid Jamek. Kalau tidak percaya naiklah tren, anda akan mendapati orang ramai akan turun di kedua-dua stesen ini. Tetapi pagi ini taktik saya tidak menjadi. Semasa saya naik, saya telah nampak seorang technician sedang memandu manual tren tersebut. Apabila sampai stesen Putra, technician tersebut meminta penumpang keluar dan menunggu tren berikutnya. Kesudahannya pada hari itu saya berdiri dan dihimpit oleh orang ramai! Tidak mengapalah, bukan selalu..

Mesyuarat
Hari ini merupakan meeting pertama saya bersama bos baru, En Mazlan. Banyak pembentangan yang dibuat di dalam mesyuarat tersebut. Saya mendapat giliran terakhir untuk membuat pembentangan dan Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancang.

Tiket Bas
Selepas waktu solat Jumaat, ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat, saya meminta Hashimi untuk singgah di kaunter bas Transnasional di Jelatek. Mujurlah masih ada tiket pada hari tersebut. Kebiasaannya saya membeli tiket sehari sebelum saya balik. Hari ini saya membeli tiket pada hari yang sama. Kira 50/50 lah. Apa pun saya terpaksa mengakhiri blog ini sebelum bateri laptop saya habis. Saya tertinggal plug charger di pejabat! Baru perasan semasa saya mencari plug kerana laptop saya memberikan amaran bateri sudah lemah. Sampai berjumpa lagi di post yang akan datang. Tidak sempatlah menyentuh berkenaan pasar minggu. Mungkin di lain masa saya akan menyentuh perkara tersebut. Insya-Allah.

Akhir kata “Selamat beramal”-Ustaz Izzy HotFM.

Sharingan Level 3 (-_-)

8 ulasan:

  1. Hai acik. ngomong ngomong panjangnyaaaaaa. Update lah blog selalu pakcik. Dalam bas boleh dalam kereta boleh dalam rumah kecik boleh. baru BLOGGER. Tengok saya. update selalu tau hihihihihi

    BalasPadam
  2. Acik naik lah motor jer kalau nak g kl tu hihihihihi takde lah kena himpit himpit dengan orang asing

    BalasPadam
  3. Hamdan, ko update blog 5 minit sekali ker? Biar betul. Aku x sempat nak update. Minggu ini sibuk sikit tetapi nanti aku cuba update selalu..

    BalasPadam
  4. Hamdan, jom pakai Linux Ubuntu. Hashimi dah try. Dia kata pakai Ubuntu, internet lebih pantas. Tapi kalau nak pantas kena pakai Unifilah. Suruh Mat Duan tarik fiber ke rumah ko.

    BalasPadam
  5. tak nak lah acik. kalau nak guna ubuntu jangan sesekali sentuh windows maknanya 1 jupem kena guna ububtu dulu baru saya guna ubuntu. ada berani?

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Cuba-cuba dulu Ubuntu. Kan boleh dual boot.Boleh pilih nak login ke Windows atau Ubuntu. Lainlah aku suruh pakai Linux Slackware..hehe

    BalasPadam