Sila membuat carian pantas di sini

Selasa, 12 April 2011

Selamat Pagi..Ooo Soley Soley,Soley Soley..

Hari ini Selasa, 12 April 2011 pada pukul 6.12 pagi. Saya baru mendapat panggilan dari isteri untuk mengerakkan saya dari tidur. Terima kasih kepada beliau. Saya akan bersiap-siap untuk bergerak ke tempat kerja. Melihat keadaan rumah saya perlu balik berkemas pada petang nanti. Bergantung kepada keadaanlah. Kalau letih biar dululah.
Apa pun saya perlu bersiap-siap ke tempat kerja. Malam nanti mungkin saya akan bertemu dengan kawan baik saya, Lokman di kedai Nasi Lemak Marvelous. “Jom Pekena Mee Hun Sup”, ayat Lokman dalam sms. Kalau sms macam itu, saya dah tahu kedai mana. Tidak perlu maklumkan kedai yang mana dah. Semua bergantung kepada keadaan juga. Kalau tiba-tiba ada perkara mustahak, kena batal jugalah. Betul tak? Ada satu ayat dari komik Hong Kong yang pernah saya baca dahulu, ayatnya berbunyi “manusia punya asa, tuhan punya kuasa”. Maksudnya kita hanya berusaha, Tuhan yang menentukannya.

Ok..Refresh!

Sharingan Level 3 (-_-)

1 ulasan:

  1. Malam ni aku pun rasa nak ke nasi lemak marvelous tu jugak lah. Nanti aku nak itai kut kut nampak encik dgn kwn baik encik tu. Tapi aku dah biasa kat situ. Aku suka makan nasi goreng + milo ais. JOM kita sapuuuuuuuuhhh.
    Biar kkucai lana tunggeng nyor habbih kedai tu.

    BalasPadam